Perbedaan Antara Error Analisis dan Kontrastif analisis
Pada akhir tahun 40-an dan awal 50-an telah diperkenalkan analisa kontrastif (AK) ke dalam dunia pengajaran dan pembelajaran bahasa. Penggagasnya ialah C.C. Fries (1945) dan Robert Lado (1957). Analisis ini merupakan kaedah sinkronik yang mengkaji perbandingan dua bahasa atau lebih yaitu bahasa sumber (B1) dan bahasa sasaran (B2) sehingga dapat menunjukkan persamaan dan perbedaan di antara bahasa-bahasa tersebut untuk mencari prinsip-prinsip yang dapat diterapkan dalam praktik bagi pengajaran bahasa. Jika struktur di antara kedua-dua bahasa itu banyak persamaannya, maka bahasa itu dianggap mudah untuk dipelajari. Dan jika struktur di antara kedua bahasa itu banyak perbedaannya, maka akan menimbulkan kesukaran sewaktu mempelajari B2 tersebut.
Tujuan asal AK ini ialah untuk membentuk satu tata bahasa universal tetapi kemudiannya tujuan tersebut beralih kepada penyediaan peralatan dan bahan pengajaran B2. Terdapat dua versi dalam analisis ini. Pertama, versi kuat yang dikenali sebagai AK a priori, di mana B1 dan B2 dibandingkan untuk menunjukkan perbedaan atau persamaan antara kedua-duanya untuk meramalkan dengan tepat masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh pelajar bahasa tersebut. Kedua, versi lemah yang dikenali sebagai AK a posteriori, analisis ini memperlihatkan kesilapan-kesilapan yang dihasilkan oleh pelajar. Perbedaan di antara kedua struktur bahasa dibandingkan untuk dapat menjelaskan kesilapan-kesilapan tersebut.
Keberhasilan AK adalah disebabkan oleh penerapannya di dalam pengajaran bahasa. Namun salah satu sebab keruntuhannya dalam tahun 70-an adalah disebabkan keinginan ahli teoritis untuk mengedepankan objek Ak kepada pengajaran bahasa saja.
Kritikan-kritikan terhadap AK mulai timbul pada tahun 60-an dan memuncak pada tahun 70-an. Kekurangan AK pula ialah ia hanya bisa meramal sebagian masalah dan sedangkan kebanyakan masalah disebabkan oleh faktor yang lain. Faktor B1 bukanlah faktor utama untuk terjadinya kesilapan. Kesilapan bukanlah seratus persen kesilapan bahasa semata-mata tetapi mungkin kesilapan psikologi dan pedagogi.
Akibat kritikan terhadap AK, banyak pengkaji membuat kajian semula terhadap kesilapan pelajar bahasa. Salah seorang dari pengkaji tersebut ialah Pitt Corder (1967). Dalam makalahnya "The Significance of Learner's Error" (Richards: 19), beliau mengatakan bahawa kesilapan adalah tangga strategi pembelajaran seorang pelajar. Analisis baru ini dikenal sebagai error analisis/ analisis kesilapan (AS) yaitu teknik untuk mengukur kemajuan di dalam pembelajaran bahasa dengan mencatat dan mengklasifikasikan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar. Alat diagnostic yang digunakan untuk mengkaji aspek-aspek tertentu dalam pembelajaran bahasa termasuklah integrasi, asimilasi dan penghasilan sesuatu bahasa.
Perubahan fokus memperlihatkan bahwa pengajaran satu arah tidak lagi dipentingkan sebaliknya perhatian mulai diberikan kepada perkaitan antara linguistic dengan kehendak dan konteks pengajaran tertentu. Fokus utama ialah terhadap pembelajaran bahasa dan hasil pembelajaran.
Bagi Corder, kesilapan (errors) adalah disebabkan oleh proses pembelajaran bahasa dan kesalahan (mistakes) ialah hasil daripada keadaan psikologi. Oleh karenanya, hal itu tidak berpengaruh di dalam pembelajaran. Corder menegaskan bahawa kesilapan memberi bekal kepada pengajar tentang kemajuan pelajar. Apabila tahap pemahaman pelajar yang rendah, maka kesilapan sering terjadi, dan apabila tahap pemahamannya semakin tinggi, kesilapan yang dilakukannya akan berkurang.
Beliau membedakan dua jenis AS yaitu AS remedial yang digunakan oleh pengajar bahasa sebagai teknik penilaian dan pembetulan kesilapan dalam kelas-kelas bahasa, dan kedua ialah AS developmental digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan tingkatan-tingkatan di dalam pembelajaran bahasa seseorang pelajar. Tiap-tiap ujaran sama ada betul atau tidak di dalam bahasa sasaran dianggap penting untuk menguraikan pembetulan sistem bahasa pelajar pada tingkatan tertentu.
Versi Lain
Pendekatan analisis kesilapan bermula secara serius dan sistematik pada akhir tahun 1960-an. Pada masa itu ahli-ahli linguistik telah menunjukkan minat yang khusus terhadap kesilapan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar bahasa. Analisis kesilapan menjadi popular, apabila pendekatan analisis kontrastif mengatakan bahwa kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar bahasa B2 dapat diramalkan dan kita dapat menerangkan aspek-aspek yang sukar dikuasai dan aspek-aspek yang mudah dikuasai oleh pelajar B2 dengan membandingkan secara sistematik bahasa ibu pelajar (B1) dengan B2.
Oleh yang demikian, dalam analisis kontrastif, dasar utamanya ialah semua kesilapan pelajar B2 yang disebabkan gangguan dari B1. Kedua B1 dan B2 pelajar dibandingkan untuk mencari persamaan dan perbedaan antara struktur dan sistem B1 dan B2. Aspek-aspek yang sama tidak akan menimbulkan masalah pada pelajar, aspek-aspek yang agak sama akan dipelajari dengan mudah dan aspek-aspek yang berbeda akan menimbulkan masalah.
Analisis kesilapan tidak menafikan bahwa bahasa ibu mengganggu B2, tetapi hal itu bukanlah sebab yang utama. Menurut analisis kesilapan, kesilapan tidak boleh diramalkan tetapi hanya setelah kesilapan berlaku, maka barulah ia bisa dianalisis. Ada faktor-faktor kesilapan lain yang dibuat oleh pelajar B2 selain dari pada B1. Antaranya ialah faktor intralingual yang disebabkan oleh B2 sendiri dan bersifat developmental error. Emosi, umur juga merupakan faktor yang menyumbangkan ke arah kesilapan pelajar.
Ivan